Plot ڤلوت All Hail King Julien

Apabila Raja Julien XII (juga dikenali sebagai Uncle King Julien, atau Pakcik Raja Julien), yang merupakan raja bagi Kerajaan Madagaskar (Kingdom of Madagascar), diramal akan dimakan oleh si fossa-fossa (dieja dan disebut sebagai "foosa" di dalam siri ini), Baginda menurun takhta, dan menyerahkannya kepada anak saudaranya, Raja Julien XIII (dikenali sebagai Raja Julien), seorang yang bertenaga dan suka berpesta, dalam satu percubaan untuk membunuh pewaris takhtanya itu. Namun, keadaannya berubah apabila Raja Julien XIII akhirnya tidak terbunuh. Sebaliknya, Baginda (Raja Julien XIII) kekal memerintah kerajaannya, dengan bantuan penasihat dirajanya, Maurice, dan panglima angkatan tentera dirajanya, Clover, serta sedikit sebanyak dari peminatnya Mort. Keempat-empat mereka menjadi satu pasukan yang gagah di sebalik pemerintahan kerajaan tersebut, dan dapat mematah ancaman dari bapa saudara Raja Julien yang sering cuba kembali ke takhtanya, si foosa-foosa, dan musuh ketat Raja Julien, Karl si musang licik.

Pada akhir musim keempat, sebuah kerajaan berhampiran yang lebih gagah di bawah pemerintahan Raja Koto iaitu Kerajaan Lemur Gunung (Mountain Lemur Kingdom), telah menakluki kepulauan Madagaskar dan mengalahkan Kerajaan Madagaskar, serta kerajaan-kerajaan lain di kepulauan tersebut, termasuk Kerajaan Tikus (Rat Kingdom), Kerajaan Buaya (Crocodile Kingdom) dan Wilayah Foosa (Foosa Territory), membawa kepada musim khusus berjudul All Hail King Julien: Exiled (Melayu: Daulat Tuanku Raja Julien: Dibuang Negeri; Jawi: دولت توانکو راج جوليئن: دبواڠ نݢري). Exiled mengisahkan satu peperangan yang telah diramalkan beribu-ribu tahun dahulu yang dipanggil War of the Beasts (Perang Sang Raksaksa). Musim khusus tersebut berakhir setelah Kerajaan Madagaskar dan sekutunya berjaya mengalahkan Raja Koto, dan kisahnya bersambung di dalam musim kelima dan terakhir siri tersebut.

Rujukan

WikiPedia: All Hail King Julien http://madagascar.dreamworks.com/tv/all-hail-king-... http://www.dreamworkstv.com/shows/all-hail-king-ju... http://www.hollywoodreporter.com/lists/netflix-nov... http://www.imdb.com/title/tt3807022/ http://www.imdb.com/title/tt6865906/ http://www.latimes.com/entertainment/tv/la-et-st-a... http://nerdist.com/dreamworks-all-hail-king-julien... http://www.prnewswire.com/news-releases/the-wildes... http://www.toonzone.net/2015/10/clip-all-hail-king... https://itunes.apple.com/us/album/whos-da-king-all...